Saturday 19 September 2015

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2015


Assalamualaikum W.B.T,

Posting kali ini admin ingin kongsikan sedikit maklumat sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2015.


Program ini diadakan pada 17-21 September 2015 bertempat di Dataran Kuala Kemaman. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini telah disediakan untuk pengunjung.
Sambil riadah di tepi pantai Kuala Kemaman, bolehlah berkunjung ke gerai-gerai yang telah disediakan...

























Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua....

Sunday 30 August 2015

Festival Kraf Malaysia 2015 Kemaman Terengganu


Assalamualaikum WBT dan salam sehati sejiwa...


Setelah sekian lama tidak membuat sebarang posting, hari ini saya akan kongsikan sedikit info atau maklumat yang berlaku di sekitar bandar Chukai, Kemaman, Terengganu. Walaupun terdapat banyak maklumat, namun saya akan kongsikan sedikit demi sedikit mengikut ruang masa yang terluang. Insya Allah, jika ada kelapangan lagi, saya akan kongsikan lagi events / kejadian / program atau apa-apa sahaja maklumat yang berlaku di sekitar bandar Kemaman insya Allah. Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada kita semua.


Apa yang saya ingin kongsikan pada kali ini adalah berkenaan Festival Kraf Malaysia 2015 sempena ulangtahun Kemerdekaan ke-58 di bandar Chukai Kemaman.



Berikut adalah detail berkenaan festival ini:

                               Nama       :   Festival Kraf Malaysia 2015
                               Tarikh      :   27 Ogos - 5 September 2015
                               Tempat    :   Bandar Chukai, Kemaman (bersebelahan Padang Astaka)
                               Masa        :   10.30 pagi - 10.30 malam
                               Aktiviti      :  1. Jualan kraf
                                                   2. Pameran kraf
                                                   3. Demo kraf
                                                   4. Interaktif kraf
                                                   5. Demo masakan tradisonal
                                                   6. Persembahan kebudayaan


Gambar sekitar festival:











Terdapat banyak gerai yang menjual batik dan pakaian yang sangat menarik. Saya sendiri sangat tertarik dengan corak batik untuk wanita mahupun lelaki. Ada baju batik yang sudah ready made dan ada kain yang masih belum dijahit. Dari segi harga pula, terdapat pelbagai pilihan, ada yang mahal, sederhana dan murah...bergantung kepada kualiti dan design. Sekiranya anda peminat batik atau sedang berhajat untuk mendapatkan batik, terutamanya sekitar Kemaman ini, inilah peluangnya!!

Bagi pameran untuk kraf pula terdapat kraftangan seperti ukiran kayu, keris, senjata tradisional, ukiran cincin, belanga tanah liat, gubahan bunga hiasan dan macam-macam lagi. Yang menariknya, bukan hanya sekadar pameran, tetapi pengunjung dapat saksikan sendiri demo yang dibuat pada festival ini. 


Pada festival ini juga, terdapat gerai juadah makanan tradisional beserta demo sekali. Kita boleh saksikan bermacam kuih tradisional dibuat disini seperti kuih rotan, sarang tebuan, kerepek pisang dan banyak lagi...

Jadi ayuh warga Kemaman, saksikan sendiri festival kraf ini. Kepada pengunjung dari luar, jangan lepaskan peluang, sekiranya memerlukan tempat bermalam, jangan lupa Zara Homestay Kemaman sentiasa menunggu kedatangan anda!!

Jumpa disana..!!

Sunday 9 August 2015

Zara Homestay Kemaman

ZARA HOMESTAY KEMAMAN 

FULLY FURNISHED

Call/SMS/WhatApps : 019-6921729


Zara Homestay Kemaman (rumah penginapan Zara) menyediakan penginapan yang lengkap dan selesa UNTUK MUSLIM SAHAJA. Berada dalam taman perumahan yang berkapasiti rendah sangat aman dan selamat. Lokasi yang sangat strategik terletak di tengah-tengah bandar Chukai Kemaman. Sangat sesuai sebagai penginapan untuk individu atau berkumpulan yang mempunyai pelbagai urusan seperti out-stesen, urusan kerja, percutian, kenduri, majlis konvokesyen dan sebagainya.




Untuk memenuhi permintaan terhadap homestay yang kian meningkat sekitar bandar Kemaman, Zara Homestay Kemaman dengan ini telah dibuka pada 9 Ogos 2015. Semoga dengan adanya Zara Homestay Kemaman ini dapat menyelesaikan masalah anda sekeluarga yang sedang mencari homestay di sekitar Kemaman.


Zara Homestay Kemaman adalah sebuah rumah semi-d yang telah diubahsuai demi untuk keselesaan para pengunjung. Rumah ini telah dicat baru dengan warna yang sangat menarik sekali. Perabot dan kelengkapan rumah juga adalah yang terbaik dan berkualiti.

Kami di Zara Homestay Kemaman sentiasa akan mempertingkatkan kualiti servis supaya penginapan anda sentiasa selesa dan berbaloi!! Insya Allah kami akan memastikan menjadi antara homestay yang terbaik di daerah Kemaman.


Lokasi kami:

15294, Taman Pengkalan Pandan 2, 24000 Kemaman. Belakang Pasaraya Nirwana Maju Sdn Bhd.

Jenis Rumah: 

Semi-D

Kemudahan yang disediakan:

1) Bilik Tidur Utama
- Katil queen, Aircond dan kipas siling
- Dilengkapi dengan selimut, tuala dan kelengkapan solat 
- Bilik air

2) Bilik Tidur Ke-2
- Katil queen dan kipas siling
- Dilengkapi dengan selimut, tuala dan kelengkapan solat 

3) Bilik Tidur Ke-3
- 2 Katil single dan kipas siling
- Dilengkapi dengan selimut, tuala dan kelengkapan solat 
- Bilik air common untuk bilik 2 & 3.

4) Peralatan yang disediakan:

- TV dengan Astro
- kipas siling untuk ruang tamu
- peti sejuk 
- cerek elektrik 
- periuk nasi elektrik
- pembakar roti
- mesin basuh
- seterika
- peralatan makan minum

3) Perabot yang disediakan

- Sofa, meja makan, meja solek dan ampaian

4) Bahan minuman kopi, teh, Nescafe;milo dan gula disediakan

5) Ruang parking yang luas

Lokasi berhampiran:

1) Bandar Chukai Kemaman (Walking distance)
2) 10 km Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB) 
3) 12 km Kawasan Perindustrian Telok Kalong 
4) 35 km Kawasan Perindustrian Kerteh 
5) 11 km Zoo Kemaman 
6) 5 minit 7-Eleven 
7) Kedai dobi, kedai runcit (walking distance) 
8) Pasaraya Nirwana Maju (walking distance) 
9) 27 km Mesra Mall
10) 500 m Hospital Kemaman
11) 4 km ke INTAN
12) 3 km ke pusat keropok/satar/otak-otak.

Pusat Pengajian/sekolah:

* Ranaco Training Centre - 5 minit 
* Tati Universiti - 15 Minit 
* Kolej Komuniti Kemaman - 15 minit
* Kolej Kemahiran Tinggi Mara - 15 minit
* Kolej Vokasional Kemaman - 15 minit
* Sekolah Menengah Chukai - 3 minit
* ADTEC - 25 minit

Harga:

- Harga biasa: RM180 sehari (hubungi kami untuk harga promosi).
- Harga boleh dirunding untuk penginapan mingguan dan bulanan.


Cara pembayaran:

- Hubungi Nazihah: 09-8582729 , 019-6921729

*Check in : 2.30 pm
*Check out : 12.00 pm

* Boleh check-in awal jika tiada tetamu pada hari check-in

Untuk tempahan, sila hubungi: 019-6921729 (Call / SMS / WhatApps) 


Maklumat lanjut mengenai Kemaman:



Daerah Kemaman merupakan daerah yang kedua terbesar keluasan daerahnya selepas daerah Dungun di Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah Kemaman juga merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu. Bermula dari hujung arah Utara ialah daerah Besut, daerah Setiu, daerah Hulu Terengganu kemudian diikuti dengan daerah Kuala Terengganu yang berada di tengah-tengah negeri. Daerah Marang, daerah Dungun dan daerah Kemaman pula terletak di hujung arah ke Selatan jikalau mengikut arah angin. Walaupun daerah Kemaman tidak lah sepesat pembangunan di daerah Kuala Terengganu, tetapi daerah Kemaman sangat terkenal dengan kawasan perindustrian dan hub pendidikan yang semakin rancak berkembang.