Monday 9 May 2016

Bandar Chukai Kemaman destinasi kaki pancing


Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Kemaman mempunyai banyak sungai dan laut bagi kaki pancing untuk beraksi...

Antara tempat yang popular adalah seperti sungai geliga untuk memancing udang galah, ikan siakap, ikan belida, baung, tapah, toman dan pelbagai jenis lagi. Malahan dikatakan udang galah dari sungai geliga adalah berkualiti tinggi dan terbaik. Ikan di sungai ini pun bersaiz besar.

Sungai Kg Besut juga antara destinasi yang popular. Kawasan yang sangat tenang dan berada ditengah tengah bandar Chukai.

Bagi yang ingin memancing di laut pula, terdapat banyak servis boat untuk digunakan di sini. Sekarang adalah musim candat sotong....pasti tidak mengecewakan...

Selamat datang ke Chukai Kemaman!!