Sunday, 20 May 2018

Thursday, 9 June 2016

Zara Homestay Kemaman mengucapkan selamat berpuasa sempena Ramadan Al-Mubarak 2016...
Semoga amalan ibadat kita diterima yang Maha Esa....


Monday, 9 May 2016

Bandar Chukai Kemaman destinasi kaki pancing


Sudah tidak menjadi rahsia lagi bahawa Kemaman mempunyai banyak sungai dan laut bagi kaki pancing untuk beraksi...

Antara tempat yang popular adalah seperti sungai geliga untuk memancing udang galah, ikan siakap, ikan belida, baung, tapah, toman dan pelbagai jenis lagi. Malahan dikatakan udang galah dari sungai geliga adalah berkualiti tinggi dan terbaik. Ikan di sungai ini pun bersaiz besar.

Sungai Kg Besut juga antara destinasi yang popular. Kawasan yang sangat tenang dan berada ditengah tengah bandar Chukai.

Bagi yang ingin memancing di laut pula, terdapat banyak servis boat untuk digunakan di sini. Sekarang adalah musim candat sotong....pasti tidak mengecewakan...

Selamat datang ke Chukai Kemaman!!






Thursday, 14 April 2016

Tuesday, 19 January 2016

Assalamualaikum,

Terima kasih kepada pengunjung yang telah menginap di Zara Homestay Kemaman sepanjang tahun 2015. Sambutan diluar jangkaan!!. Terima kasih kepada yang sudi memberi input serta pandangan untuk penambahbaikan kepada Zara Homestay Kemaman. Insha Allah, pihak Zara Homestay Kemaman akan memenuhi impian tersebut dari masa ke semasa. Terima kasih sekali lagi.

Untuk permulaan tahun 2016 ini, pihak Zara Homestay Kemaman menyediakan kupon diskaun makan tengah hari sebanyak 20% di Z&Z Minimalis Corner, istimewa buat pengunjung Zara Homestay Kemaman sahaja. Lokasi di Batu 2 1/2, Jalan Air-Putih.

Menu utama warung Z&Z Minimalis Corner ini adalah kari ikan claypot. Masakan special dari Penang dan diolah dengan resepi tempatan. Pasti menyelerakan!!

Diharap dengan adanya diskaun 20% ini, dapat meringankan sedikit perbelanjaan, memandangkan makanan di Kemaman ini agak mahal!! Disamping dapat merasa makanan yang menjadi kegemaran warga Kemaman sekarang ini.


Sekali lagi diucapkan berbanyak terima kasih kepada yang pernah menginap di Zara Homestay Kemaman.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih.



Saturday, 19 September 2015

Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2015


Assalamualaikum W.B.T,

Posting kali ini admin ingin kongsikan sedikit maklumat sempena Hari Peladang, Penternak & Nelayan Peringkat Negeri Terengganu 2015.


Program ini diadakan pada 17-21 September 2015 bertempat di Dataran Kuala Kemaman. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program ini telah disediakan untuk pengunjung.
Sambil riadah di tepi pantai Kuala Kemaman, bolehlah berkunjung ke gerai-gerai yang telah disediakan...

























Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua....